Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

mulakan yang baru.

mungkin bukan noktah. koma kot? rasa rindu pada blog. mahu mulakan sesuatu yang baru. yang lama? masih ada. di SINI . cuma link yang berubah. old crap itu masih boleh dibaca. tinggalkan email saja di ruang komen. haih~ =.=" lebih dua tahun berblogging.. mana mungkin tinggalkan begitu saja. HAI untuk kamu semua.

BELANGSUKAWA : Nor Faezah bt Ismail

Jam 7.00 am Aku terima panggilan dari abah, bertanyakan no kazen-kazen aku yang tinggal di Sri Kembangan & Putrajaya. Anak mak long aku. Abah tanya aku ada kelas tak hari ini, aku cakap aku ada exam. Dia senyap. Tak sempat aku kata apa-apa, abah cakap, "Tak apa lah. Do ur best in your exam." Jan 8.30 am Rutin biasa aku sebelum exam, aku akan call bunda umi. Aku nak bagi tahu aku exam Islamic jam 9 nanti. Bunda Umi cakap; "Kakak, Faezah dah tak da. Pukul lebih kurang pukul 5 pagi tadi die meninggal. Sakit jantung, meninggal serta merta" Aku terdiam. dalam suara terketar-ketar tahan nangis, aku cakap. "Innalillah. Tak apa lah. Umi doakan kejayaan kakak. Kakak exam Islamic pukul 9 nanti" Lepas dengar bunda umi cakap, aku letak ganggang. Aku ke dewan exam dalam kedaan menangis. Faezah. Dia memang sakit. Down Syndrome. Tapi selain tu, dia sihat. Cergas. Nakal, kadang-kadang garang. Tapi dia manja. Walaupun umur dia patut digelar remaj

Yuna ep. Launch

Yesterday i was at Yuna Ep Launch with Tuts and Fendi at KLPax. The ticket Sementara tunggu Yuna punya performance, ada beberapa persembahan lain. But Yuna was very amazing. Ada satu lagu tu memang meremang ah. Dan lagu Deeper Conversation was the best sebab ada mini orchestra yang iringi lagu Yuna. I did record some of the performance. Tp tak ambil gambar masa part orchestra tu. Yuna's performing Ada free goodies at the enterance. Cupcake and the Ep CD. Then i bought another one for enche H. Goodies; Cupcake & CD's vain =.=! tak dapat bercamwhore masa Yuna tengah perform sebab gelap.

kabur

kabur segala menjadi kabur setitis air mata mengalir menjadi anak sungai halus mengalir di pipi laju dan deras wajah itu bertukar hiba desing kata-kata pendek kelam sebuah hidup terburai seluruh ruang hati hancur luluh segala bahagia gelak tawa hari semalam tak mungkin mampu mencerahkan hari esok esok yang akan di tempuh seorang diri bersama kenangan kepergian seorang chenta hati salam takziah Al Fatihah~ semoga roh suami kamu di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

loser and loner

once in a while... erm.. pernah tak kamu rasa left out di tengah-tengah lautan rakan yang sedang tarik kamu to be with 'em? fells so lonely. soo loser. seriously not sure ape jenis bendalah ni. tapi for sure memang sangat tak best. and end of the day, that makes me want to be with my dearie and my family.. the solution for the time being is sleep. aku perlu waktu bersama diriku sendiri. adakah aku yang patut dipersalahkan..? or adakah aku patut dipersalahkan kerana menjadi terlalu fragile and sensitif? ='(

musika hati

la la la laa.. bukan. itu bukan musik hati aku musik hati aku bernada songsang musik hati aku not-not kechewa musik hati aku berlagu sedih musik hati aku berlirik kesal musik hati aku tak siapa yang tahu

HAPPY MOTHERS DAY

BIG HUG and KISSES to BUNDA UMI.. LOVE YOU muah! *a mother's day cake made by me. huh!

Ini blog sampah tak?

"Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah." - Berita Hairan. Korang rasa patut ke di tulis macam ni? Setahu aku, blog ni macam diari atau tempat meluah perasaan KOt. Bajet rr.. Ikut suka suki blogger ar nk letak ape pun kat dalam tu, nak cakap nak bunuh diri ke, meraban ke, nk mengutuk ke, nk wat lawak bongkak ke... itu ruang blogger-blogger kan. Patut ke tulis macam ni kat dalam paper? Writing is part of mind therapy. Tak penah dengar ek? Bodoh ke tak berapa ada akal? Ape hak kau wahai penulis untuk menilai blog seseorang diletakkan di dalam bakul sampah ke atau nak diletakkan kat dalam paper? Kalau kau tak suka, jangan baca la weii.. biar je si blogger dengan tulisan mereka. It has its own value for da writer. Kamu ni Bingai ke bengap? Aku sebagai salah sorang penulis blog yang 'meracau tak tentu hala' panas weh. Ini diari kami, tempa

"sape lu mao impres?"- Rubina

Suatu masa aku rasa hidup aku dah cukup. cukup untuk aku meneruskan kehidupan aku, untuk belajar, untuk menjadi manusia yang bahagia. bila tiba satu tahap di dalam persekitaran yang baru, yang mana kita sudah jauh meninggalkan istilah keperluan menjadi satu kehendak dan kemudiannya satu kehendak itu menjadi obsession, kita lupa yang segala apa yang kita perlukan itu sudah mencukupi, malah jauh berlebih-lebihan dan jadi lah kita orang yang sentiasa berlumba-lumba megejar sesuatu yang kita tidak perlukan. Tanpa kita sedari, kita dalam perlumbaan untuk menunjuk-nujuk kepada diri sendiri atau kepada teman/rakan/keluarga atau kepada sesiapa saja yang memandang kita. Kita berlumba-lumba meletakkan diri kita di tempat yang tetinggi supaya kita dipandang, dipuji, dijadikan buah mulut orang. Aku kata "Hidup ini karma." Satu ketika nanti, setelah tamat masa kita di atas, kita dibuang, dilupakan, dan di mana kah kita ketika itu? siapa yang akan selamatkan kita? dan aku kata lagi "

badut dan rakyat

Aku suda berjanji dengan NeEm .. kredit untuknya. Kenapa aku menyusahkan diri mengambil gambar ni? Sebab bagi aku sangat significant. Cliche.. Aku kata : Pemimpin badut yang sedang menyampaikan manifestonya kepada rakyat. Sama seperti beberapa pemimpin di negara ini. Apa kamu kata?

boredom

Satu..Dua..Tiga...... kira lagi.. Empat..Lima.. Baru lima hari??!! Dem! bila nak cukup 3 bulan ni? Selain bule jumpa katil aku, my dear Bunda Umi, Abah dan adik-adik belum baligh aku, cuti ini.. Empty DUSH!! Aku da ta bule gado ngan adik Sepuluh-Nama. Sebab dia sedang sibuk terkinja-kinja di Port Dickson selama 3 bulan. Aku juga da taleh bermanja dengan Enche H, Sebab dia sedang sibuk memancing di sungai, tasik, laut.. atau kat mana-mana yang ada lopak air. Aku juga da taleh makan roti canai dan teh tarik Limabelas Sebab aku sedang sibuk bina bontot dan tahi mata di Bandar Bawah Tasik. Yang paling penting, Aku juga da taleh tengok muvee. Sebab tak ada kontraktor yang mahu menyibukkan diri membina cinema di sini. Kerana mereka lagi sibuk membina puluhan masjid di pulau-pulau tak berpenghuni. Hari-hari bukak web ntah ape-ape. Hari-hari curi line internet.. Sape suro pasang wireless tanpa password?? [Trimas pakcik Iz] Hehehe Ada sapa-sapa nak ajak aku shopping ? Text aku sebelum pukul 2

paranoia?

sekarang cuti dah bermula. since aku dah tak da apa-apa kerja utuk dilakukan aku cuba pandang balik apa yang berlaku sepanjang empat bulan setengah aku di kolej. First month. Tragedi dan kesedihan. Bermula dengan perpisahan aku dengan enche H hingga kepada kehilangan seorang teman ketika bersama-sama sedang bergembira. (Al-Fatihah) Dan bulan itu terlalu lama dirasakan. Selepas tu terlalu bayak perkara yang berlaku. Dan semester ini berlalu dengan begitu pantas. Akhir-akhir ini kemudiannya, Paranoid. Betul atau tidak, aku kurang pasti. Tapi yang penting ada sesuatu memori luka bertubi-tubi datang di kepalaku. Kemudian, aku seperti orang yang kehilangan dan pengecut. Tiba-tiba takut menghadapi dunia. Takut berdepan dengan manusia dan kata-kata. Lalu aku duduk diam membatu. Seperti lupa pada set sosial di sekelilingku. Aku cepat melatah atas perkara kecil. Cuma latahku di dalam hati. Dan kemudian membengkak memakan segala rasional diri ku. Hingga aku lupa, siapa aku sebenarnya di situ.

antara dua jalur hidup

aku memilih jalan itu. hidup aku jalan itu dan engkau jalan lain. jalan yang ku kira yang lebih baik dariku kau katakan.. jalur jalan ini tak bisa berpilin atas nama chenta namun kita masih berjaya.. kerana hipokritasi itu masih kuat terima kasih lalu satu masa itu di mana aku sedang gembira bersama jaluran jalanan hidup aku kau datang, membawa gerombolan pemusnah jiwa sakit, pedih antara dua. kau katakan lagi jalur jalan ini tak bisa berpilin atas nama chenta dalam dua. aku dipaksa melangkah dan memilih mana satu jalan yang baik untuk kita berdua tempuh syaratnya kau tak akan keluar dari jalan kau oh,sungguh tidak adil! kini aku dalam dilema mahukah aku lepas kan cara aku? hidup aku sekian lama.. berubah tanda berhijrah tapi aku tak rasa aku mahu berkorban dan berubah berubah itu senang, tapi untuk mengekalkannya itu..perit. sekarang.. jalur jalan ini tak bisa berpilin atas nama chenta. haruskah aku? .. aku masih bengang dan sedih..lalu aku bawa hati aku ke limabelas . kerana dia, aku

nonalis liberal

nonalis duduk dibangku sepiring kuih, secangkir kopi termenung jauh kata si kuning, menunggu pacar? nafi. nonalis mengadun jiwa gundah, barangkali? tidak,nafi. si nonalis tersenyum. kajang biru, pena hitam nonalis menoleh "dunia ini terlalu indah untuk ditatap sahaja"

i admire him

aku kagum pada dia. dia. bisa buat hatiku cair, bila melihat wajahnya, jantung aku berdegup kencang buat hatiku berbunga sentiasa. dia tanpanya kosong buatku menitiskan air mata kala aku tidak kalis rindu padanya dia. walau menggunung amarahku padanya dia bisa telannya dengan sabar. hingga aku tersungkur jatuh mengagumi kesabarannya. dia sayangku padanya tidak berbelah bagi cuba ku palingkan diriku darinya seketika aku tidak mampu mulutku nafikan hati ku menjerit aku perlukan dia kerana, aku bukan saja mengaguminya. tapi aku mencintainya. kapada dia aku katakan, "aku cinta kamu, Enche H".

nonalis

chantek. manis bertudung. berbaju kurung. beradat Melayu. lembut wajahmu. tutur kata tersusun rapi berkasar bahasa jauh sekali mengata orang bukan caramu sopan santun itu diri mu. oh nonalis. aku terpegun sedikit cemburu. cantik mu asli. aku? tidak mungkin seperti itu.

betulkah masa itu juga ubat?

dua tiga hari. aku dalam dunia aku sendiri kadang-kadang ketakutan keseorangan. aku lebih banyak mendiamkan diri. berat dan senak kepala otak mungkin effect 24/7 mem-bizi-kan diri minggu lepas dan sedikit tekanan perasaan yang tiba-tiba datang pada penghujung minggu itu. dari mana tekanan itu menjenguk.. aku kurang pasti. aku seperti mahu hidup hanya bersama Enche H dan famili ku melupakan seketika teman-teman ku tapi, aku tidak boleh seperti ini kerana teman-teman juga sinar hidupku melupakan mereka seperti memaksa aku ke dunia gelap aku cuba tarik diri aku keluar tapi tidak berjaya. aku rasa aku perlukan masa untuk keluar dari atmosfera bingai ini.

aku mahu privasi

maaf url ke blog ini sudah di ubah. aku rasa aku belum bersedia untuk munculkan diri aku ke dunia gila ini dan membiarkan ceritaku ditatap secara umum. aku tersilap kerana membawa monolog hatiku menjenguk dunia luar sebentar.seperti memakan diri rasanya. katalah aku pengecut. aku cuma tidak mahu di sakiti. aku lebih selesa begini. menjadi rakyat halimunan dalam negara blogosfera ini. biarkan aku keseorangan. *aku cuma tidak mahu di ketahui secara langsung. kalau kamu-kamu terjumpa blog ini, aku masih mengalu-alukan kedatangan kamu..

lemah

aku rasa sangat lemah. sangat sesak. me, at zero point of my life. trying to get out from sarcastic situation. haunt me since ages. now i'm in it. boo! *hari ini,monolog aku semakin membingitkan kepala aku..aku perlu keluarkan. supaya aku tenang.

sedikit melankolik

kata orang.. bila bahagia itu datang berterusan kecewa itu kemudian akan tetap datang sekali tapi sangat pedih pedih. bila pedih kicau burung seperti ribut wangi bunga seperti bangkai kacau. kusut. bukankan aku tak ada perasaan? aku baru saja minta perasaan aku kembali semula tapi datangnya perasaan aku kembali sangat menyiksa jiwa aku aku tak tahu kenapa kenapa? adakah aku terlalu beremosi atau memang takdir sedang mendera aku. aku tak tahu apa perlu aku lakukan sama ada aku terus pasrah ikut kehendak takdir dan jadi pengecut atau aku lawan ia bagai aku gadis gagah tapi tanpa pasti aku mungkin jatuh tanpa pasti aku mungkin berdiri gah lagi. sungguh. kali ini sungguh lain. aku kusut. ya, ALLAH.

keparat

a soft reminder Kamu beruntung di bumi Malaysia. kerana Semua. i mean SEMUA rakyat malaysia adalah warga Korporat dengan wanita-wanita cantik bermekap tebal . tak percaya??? lihat TV3 dan yang sewaktu dengannya pptttuuiiihhh!!! korupsi.

sadis

perempuan pongget 18PL kata : "I do like to read. I like to gain knowledge as much as i can. I read many english books. Except Malay books 'coz they sucks and outdated" tiba-tiba darah aku menyirap. woi perempuan! muka kamu sawo matang.anak mata mu hitam. kamu berbintikan melayu. rambutmu blonde dan aku tahu asalnya hitam legam. tapi kamu.. shame on you! sabarlah Za'aba. sabarlah.. Buku Melayu tetap knowledge . Cebisan daun bertulisan sanskrit tetap knowledge . Aku berani kata knowledge kau masih cetek. Berani kamu kata bahasa ibunda mu sucks. Siapa kamu? anak kambing?? shame on you! *stupid blonde. pernah dengar?

cerita Incik Tebuan (1)

"hye incik. mahu kemana?" "hai budak. siapa kamu?" "kita sama serangga. aku lebah dan kamu?" "aku Incik Tebuan dan aku tidak tahu kemana aku ingin terbang." "Mahukan kamu bersama kami? Sang koloni lebah? Membuat madu hitam, menyembah ratu gelap.." "Kenapa aku?" "Kerana kita ada persamaan ."

otak tiga suku

aku sedang melihat manusia otaknya sebesar lubang telinga suku sudah dimakan berengga tinggal lagi sisa dan aku lihat manusia itu lagi sedang mentertawakan manusia-manusia lain dan penuh sindiran berkata "hey dunia, aku lah pengkritik hidupmu" poodah!! otakmu memang hanya layak di makan berengga. fikiranmu sesempit lubang jarum mulut mu pedas. hati mu keras. akal mu?? .tiada.

aku ingin peluk abah dan katakan "aku sayang abah"

puisi buat ayahanda - Miss Fynn kembali ke sebulan lepas ketika aku di Indie Day Out, MCPA. (sempat tengok Hujan dan KL's Blues punya peformance je) terasa. emosi ku terjejas. mendengar kembali puisi itu sentiasa membuatku teringatkan ayahanda. abah aku ingin pulang & aku mahu pulang. anakmu ini milik kamu, abah aku ingin pulang... abah, aku sayang abah abah, abah lah yang sentiasa menghulurkan tangan ketika aku hampir mencecah bumi dan bawa semangatku kembali mengapai awan tanpamu, sudah tentu impianku telah lama reput. Terima kasih masih tak mampu meyelesaikan hutang kasih sayang mu kepada ku apa yang aku dapat katakan.. aku sayang abah, selamanya. Terima kasih abah. *setiap kali ku ulang puisi ini, air mata ku akan mengalir. oh aku memang emosi. tak salah kan??