Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Tuesday, March 6, 2018

Wukuf

If only people know what we’ve been through..
What ever happened in the past, are lessons learned for both of us.

I used to say ‘Pelan-pelan kayuh’
We did it so far. Alhamdulullah.

Enam bulan lepas, aku rasa one of dugaan berat for me. He didn’t know.
Almost kecundang. One day; Hari Arafah. We were at the R&R, time wukuf we both sat and prayed.
I prayed for my heart, to ease the burden, to forget, to let it go and..


To have our own child.



He asked, what did I prayed for.. i smiled, but my heart..... was almost bursting.

I said “Rahsia”


After few months, I guess Allah answers my prayer. But not the last one (yet).

Friday, February 16, 2018

Awesome

Dah lima tahun

:')

Lima tahun yang tidak senang. Dalam caption insta aku, dia tanya kenapa aku tulis awesome husband. Atas birthday cake dia pun aku tulis benda sama.

Aku tanya dia balik;

"Berapa ramai kawan-kawan awak tanya, 'Isteri kau selalu outstation jauh-jauh kau tak risau ke?'" 

Dia jawab,

"Ramai" 

Aku pun cakap,
"Even orang sekeliling saya pun tanya soalan sama 'Suami kau tak marah ke?'"

Aku sambung lagi,

"Awak, it takes a great husband, with great kepercayaan untuk lepaskan isteri dia pergi mengejar cita-cita. Support yang tak ramai suami boleh bagi. Tapi awak, simpan semua keresahan tu, untuk support saya kejar cita-cita saya. Sebab tu awak awesome di hati saya."

Lima tahun.
Kalau dia tak letak kepercayaan kat aku, mungkin tahun kedua aku dah berhenti dan stop kerja-kerja site.

Walaupun aku pernah terlanggar janji, tapi dia tetap support aku. Sepanjang lima tahun, tak pernah sekali dia suruh aku berhenti mengejar impian aku. Tak pernah sekali merungut bila terpaksa berjauhan. Insha Allah, aku pegang kepercayaan dia.

Dia, my pillar of strength.


Lima tahun.
Terima kasih untuk lima tahun yang awesome.

Tuesday, November 8, 2016

#RasiFatima Scandinavian Trip : Copenhagen, Denmark

Hej Denmark!

3 Oktober 2016

Hari Isnin. Kami dijangka berlepas pada 8.50 pm menaiki Qatar Airways.

Jam 12.00 kami dah bertolak dari rumah memandangkan kami perlu ke rumah kakak ipar di Kelana Jaya. Husband plan nak tinggalkan kereta di rumahnya kemudian kakak ipar akan hantar kami ke KLIA.

Lepas solat zohor dan mandi, kami bergerak ke KLIA. Sebelum sampai ke KLIA, sempat singgah kat Mitsui Outlet sebab nak cari kasut boot. Muahaha. Sebabnye aku tak ada kasut yang proper. Yang ada hanyalah flat Sketchers dan dari pembacaan aku, kasut jenis tu tersangatlah tak sesuai kalau nak pergi time2 sejuk macam ni. Terpaksalah aku cari kasut boot jugak. Maybe kalau tak sebab safety boots aku terkoyak tapak, boleh la aku jalan2 pakai safety boots je.

Sampai Mitusi terus tuju kat Timberland. Mana yang ada size, rembat je. Melayang lagi duitku.. tapi aku rasa perlaburan yang berbaloi sebab boots tu ringan, berat cuma 200g je weih! Tak rasa mcm pakai kasut boot pun sepanjang dua minggu kat sana. Ni gambar kasut aku. tapi gambar ni aku curik kat google. :P
Navy Roll Top Ankle boots. Super Lightweight!


Sambung lagi..


Selepas wrapping bag, kami terus ke kaunter check in. Lepastu berkumpul dengan colleagues dan wife masing2. Sesi berkenalan sekejap sebelum berlepas.

Jam 8.50 malam, kapal terbang berlepas. Excitednye hoiii.

Sepanjang 6 jam plus perjalanan ke Doha, asyik dapat makanan je. Sampai satu tahap dah tak lalu nak makan. Pastu sempat layan cerita Hindustan, Bajirao Mastani. Best rupanya cerita tu. Layan sedih dalam flight.

Seat Qatar Airways adalah sangat selesa. Aku suka headrest sebab flexible. Jakun Alert. So dah tak payah guna neck pillow. Besides that, dieorang dh siap bagi set berus gigi, sleeping masks dan earplug.

Sampai di Doha Hamad International Airport jam 11.30 malam (jam 4.30 waktu Malaysia). Transit for around 2 hours.

Kemudian sambung lagi for another 6 hours dari Doha ke Copenhagen.
Flight Qatar  ke Copenhagen sedikit kecil dari flight kami sebelumnya. Kali ni aku sempat layan cerita Me Before You sebelum landing, tapi tak sempat habis sebab cik peramugari tu tanya aku

"Do you want to go back to Doha?" sarcasm sangat. hahaha. Habis semua tergelak.

Kami sampai around 6.00 am waktu Copenhagen (12.00 t/hari waktu Malaysia). Malam yang saangat panjang buat kami; 15 JAM.

 Masa dalam airport tu tak rasa sangat lagi sejuk. Tapi memang dah siap2 bawak jaket kat tangan. Airport Copenhagen or Kobenhavn dalam bahasa Danish, kecik je, lebih kurang airport Kuala Terengganu. Tidak terlalu busy.

Kobenhavn Airport!

 Keluar je dari airport, mak aih, sejuk macam dalam esbok! 10 degree Celcius. Amik kau. dengan angin kuat lagi.. Tangan beku terus. 

bandar Copenhagen. Kecik dan tidaklah terlalu sibuk.

Kat sana kami sewa van untuk ke tempat training di Svendborg. Once dah dapat van, kami mencari kedai halal untuk brunch di bandar Copenhagen. 

depan Turkish Restaurant
Selesai makan, kami terus bergerak ke Svendborg, perjalanan mengambil masa dua jam dari Copenhagen melalui bandar-bandar kecil.

FYI, separuh daripada negara Denmark adalah kepulauan. Copenhagen dan Svendborg berada di kawasan kepulauan berbeza dan disambungkan dengan bridges. Manakala Southern Denmark atau dipanggil 'Jutland Peninsula' berada di mainland dan bersempadan dengan German/Jerman.

Populasi keseluruhan negara Denmark hanyalah 5 juta. Bandar2 nampak lengang je sebab tak ramai orang.


Next Post : Svendborg, Denmark.
Previous Post : Preparation










Tuesday, October 25, 2016

It's Scandinavian & Euro Trip! - Preparation

Referring to the previous entry.

Alright. Setelah seminggu jet lag. Almaklumlah akok tidak pernah ke negara Eropah, so jet lag melampau2 gitu.

Before ingatan makin lupus, baiklah cerita awal2 trip last Horneymoon haritu. Sebelum tu nak cerita, asalnya trip ni adalah trip training + FAT (Factory Acceptance Test) ke Svenborg, Denmark. Tapi alang2 company dah bayor flight return KL - Copenhagen, makanya sambil menyelam minum air, aku mintak date retun tu lambat seminggu.

Segala persiapan semua last minute. Walaupun ura-ura akan ke Denmark tu since awal tahun lagi. Tapi tak mahu la excited terlebih. Jadinya bila dah official keluar surat kena ke sana, which was dua minggu sebelum berangkat, barulah side planning *cough cough*, dibuat.

Oh ya. walaupun ticket return dibayar oleh company, tapi segala perbelanjaan dan hotel setelah habis training adalah tanggungan sendiri. Husband juga bayar tiket dia sendiri, cuma mintak company tolong bookan je.

Trip training ini aku pergi dengan 4 orang rakan sekerja dan pasangan masing2. Dieorang dah plan untuk first week kami akan group travel ke Scandinavian countries; Norway & Sweden menaiki cruise. Makanya aku ikutkan saja. Setelah dikira, tolak Scandinavian Trip, aku cuma ada balance 6 hari untuk next destinations.

Bermulalah sesi brainstorming aku dan suami. Pulun check Skyscanner, Tripadvisor dan blog walking. Mula-mula plan nak ke Germany then Switzerland. Tapi mengambil kira  tiket transportation (train & flight) yang mahal, so kami ubah plan untuk ke Amsterdam, Brussels, Paris dan London. Which  last minute kami terpaksa cancelkan Brussel sebab kawan aku cakap tak best kalau spend kat London dua hari je. Bye-bye Brussels

PREPARATION

Pakaian

Preparation tak boleh nak advise sangat. Coz terlalu singkat. Aku check suhu autumn kat sana around 11 - 18 deg C (aku silap besar!).  Aku dan husband masing2 cuma beli:


  • Baju n Seluar Heattech UNIQLO - highly recommended
  • Winter coat UNIQLO sehelai - good
  • Heattech socks UNIQLO - not recommended
  • Winter socks SOXWORLD - highly recommended
  • incase aku sparekan sepasang glove DAISO - not recommended
  • Kasut boot
Pastu, aku dapat mesej dari Leng cakap dia ada baju winter and kalau aku nak pinjam adalah di alukan. Sooooooo.. berdesup aku ke rumah Leng pinjam lagi beberapa helai winter coat. Hihi

 Thanks Leng.. sebab dah permudahkan urusan Nik, semoga urusan Leng dipermudahkan jugak. :)


Foods

Food pulak, hmmm sebenarnya tak perlu bawak foods pun sebab kat sana memang ada je restoran yang kita boleh makan. Tapi kalau anda jenis particular dan ingin berjimat cermat, boleh bawak foods sendiri.

Actually aku siap beli mini rice cooker tau, tapi sebab bantahan keras en suami, aku tak jadi bawak. hahaha.. Aku bawak maggi, biskut, campbell soups, milo 3-1 dan Brahims. yang mana semuanya kiteorang tak makan pun sebab makan kat kedai. Cuma milo 3 in 1 je yang habis.

Aku pulak jenis suka kicap dan sos cili dan past experience aku ke Bangkok,  jangan harap nak jumpa sos cili kat negara orang. Aku pun bawak la paket2 sos cili lebihan dari KFC dan fast foods dan... aku siap letak tambahan sos cili dan kicap dalam botol travel kecik (30ml) beli kat DAISO. One of the best decision so far. Sebab makanan omputeh tawar beb, tak kena dengan tekak Pantai Timur aku ni.

Kalau anda suka makan sos cili dan kicap, boleh lah ikut advise aku ni. Malangnya aku tak snap gambar dan botol2 tuu aku dan buang masa last day kat London.

Others

Erm..

Lipbalm
Moisturizer untuk muka dan badan
Vaselline!!

dan lain2 kalau rasa perlu

Aku bawak jugak sedikit barang mekap, tapi last2 tak pakai langsung. Cuma pakai foundation Mamadil je sebab  ada moisturizer, toner dan sunscreen skali. Sangat jimat space dan highly recommended. (kalau nak beli boleh beli dengan aku *promote*)

Transportation

Frankly speaking, aku sebenarnya main redah je beli tiket dan hotel. Aku bayar je semua sebab aku tahu peluang nak pergi Europe next time tu dh tak tahu bila, kalau nak cakap ni trip budget, memang NO-NO sbb semuanya last minute. Tapi aku cuma boleh cakap yang tiket flight within Europe countries adalah sangat murah dan aku sendiri terkejut. Hahaha.. maybe kalau proper planning aku boleh dapat cheaper than ape yang aku spend haritu.


Summary Transportation yang aku pakai

KL - Copenhagen                             : Flight Qatar Airways
Copenhagen - Oslo - Copenhagen   : DFDS Seaways
Copenhagen - Malmo - Copenhagen : Sewa van
Copenhagen - Amsterdam                  : Norwegian Air
Amsterdam - Paris                              : Thalys Train
Paris - London                                     : British Airways
London to Copenhagen                        : Ryan Air (not recommended, idk why we booked RyanAir.)

Overall, transportation yang kami guna sangat memuaskan hati kecuali Ryan Air. Next post aku cerita kenapa.

Hotels

Since hotel di Denmark telah dicover oleh company, hotel ke Oslo pulak atas Cruise, hotel kat Malmo jugak telah di book oleh colleague aku, aku cuma kena fikir pasal hotel kat Amsterdam, Paris dan London sahaja. Aku book melalui Agoda, Booking.com dan AirBnB.

FYI, hotel di Amsterdam adalah tersangat mahal. T.T

Summary Hotel:

Svendborg, Denmark -  Hotel AEro
Oslo - Commodore Cabin Cruise
Malmo - Good Morning Hotel
Amsterdam - AirBnB (BEST!!!)
Paris - Hotel Cambrai & Primiere Classe Roissy CDG Hotel
London - Hotel Berjaya Eden Park London

Isurance

Yup, we both ambil travel insurance. Even for first week aku di cover by company punya policy, but still aku ambil travel insurace sebab in between tu mesti aku ada jalan2 kan. lagipun aku ambil untuk husband aku skali.  Aku tak reti nak gtau betapa pentingnye travel insurace. Untuk aku, it keeps my mind at peace bila duduk kat negara orang.

So aku dapatkan online quotation from AXA dan AIG. Lepas tengok both policies, aku decided ambil VIP policy under AXA sebab lebih coverage and lagi murah.


Currency

Denmark  - Denmark Kroner (DNK)
Norway - Norway Kroner (NOK)
Sweden - Sweden Kroner (SOK)
Holland & France - Euro
UK - Pound (GBP)


ATM & Credit Cards

Plus jangan lupa activatekan atm card (CIMB & Maybank boleh activate online) dan juga kad kredit. Lesson learned sbb aku kena masa last trip pergi Krabi.

Apa lagi ya for preparation...? Kalau ada yang miss nanti aku update lain.

Next post will be; Denmark.


Belanja satu gambar :

Svendborg, Denmark October 2016








Tuesday, September 27, 2016

#RasiFatima to the Moon

Assalamualaikum and Hi.

After three years, baru perasan yang every year we both will be travelling somewhere. So list jelah all the places we went. Nanti ada masa boleh update balik blog for future reading.

2013

Sabah - Kundasang & Pulau Manukan (Our First Honeymoon)
Cameron Highland

2014

Buzy!  - Royal Belum Resort


2015

Sabah - Kundasang again
Krabi, Thailand
Hatnyai, Thailand

2016

Sarawak - Kuching
... and finally

next week we will start new honeymoon + my birthday trips. Seven countries in total.
Kali ni jauh and big expenses. Worth it? We'll see. ;)

Passport - Checked
Flight, Train and Cruise Tickets - Checked
Currency exchage - Checked
Hotels -  One more country belum book
Winter clothing (eh?) - Almost..

Pening kepala sebab buat itinerary sendiri. Baca blog, tripadvisor, pilih negara yang nak pergi, pastu compare harga flight and train, tercekik air liur tengok hotel price sampai la.. shopping autumn/winter clothes.

Dengan nak shopping kat sana lagi. Hahahahaha.. *nangis*

But still, can't wait.

Rabbi yassir wala tuassir. Ya Kareem.